Mengumpat adalah haram. Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." (12 : al-Hujjurat)
Dalil-dalil tentang mengumpat
1. Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )
Hadis ini menunjukkan kepada definasi mengumpat.
2. Satu ketika, Aisyah mengumpat isteri Nabi Muhammad SAW ( Sofia), “ Dia itu pendek. ” . Maka Nabi bersabda, “Kamu telah menyebut perkataan yang mana sekiranya ia bercampur dengan air laut nescaya akan berubah air laut itu. ” (Hr Abu Daud dan Baihaqi)
3. Daripada Ibnu Mas’ud, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba bangkit seorang lelaki dan meninggalkan majlis. Ada seorang lelaki lain mengumpatnya. Maka Rasul berkata kepada lelaki itu, “ Bersihkan.” Dia berkata, “Nak bersihkan daripada apa? Aku tidak memakan daging pun! “ Rasul bersabda, “ Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara kamu .“ (Hr Thabrani – sahih)
Daripada Ibnu Jabir, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba, kami tercium bau yang amat busuk. Rasul bersabda, “ Adakah kamu tahu apakah bau ini? Inilah bau bagi orang-orang yang mengumpat orang-orang beriman.” (Hr Ahmad)
4. Suatu hari, Fatimah binti Kis memberitahu Rasulullah SAW, ada dua orang yang ingin meminangnya. Maka Rasul berkata kepadanya tentang kedua-dua orang tersebut. “ Dia itu fakir, tiada harta padanya. ” Tentang seorang lagi, “ Dia tidak pernah meletakkan tongkatnya di bahu. “ (dia selalu memukul perempuan)
Hadis ini menunjukkan dibenarkan mengumpat pada perkara-perkara yang dibenarkan syara’.
Adapun, jika seseorang itu mempunyai nama atau gelaran atau sifat yang dibencinya, tetapi dia tidak akan dapat dikenali tanpa perkara-perkara tersebut, maka ini dibolehkan dengan tujuan ingin mengenal pasti seseorang tadi, bukan untuk memanggil atau menyerunya.
Dibolehkan mengumpat jika terdapat dua perkara :
1. Keperluan
2. Niat yang baik
MR SOMEBODY
28hb Februari 2009
Kitab Halal Haram karangan Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Bab ke-4, Halal & haram dalam kehidupan umum seorang muslim : (4) pada hubungan masyarakat
No comments:
Post a Comment