Thursday 26 February 2009

Muzik dan Nyanyian



MUZIK & NYANYIAN


3 hukum :


1. Semua ulama bersepakat haram : nyanyian atau muzik yang mengandungi maksiat atau mendorong kepada maksiat.


2. Semua ulama’ bersepakat harus : nyanyian fitrah (semula jadi, tanpa menggunakan sebarang alat), contoh : seseorang memperdengarkan kepada diri sendiri, perempuan menyanyi untuk suaminya, atau hamba perempuan kepada tuannya.


3. Adapun selain dari yang diatas, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’


Syeikh Yusuf Al-Qardawi :

Aku melihat muzik itu tidak haram pada zatnya, dan ia termasuk dalam perkara-perkara baik ataupun harus, tetapi ia menjadi haram apabila mengandungi perkara-perkara yang haram, ataupun disampaikan dengan cara yang haram.



Dalil menunjukkan nyanyian itu halal :


Terdapat dalam kitab Ihya’ karangan Imam Ghazali, peristiwa nyanyian 2 orang hamba perempuan, dan orang Habsyah bermain di dalam masjid Nabi S.A.W, dan Nabi memberi galakan dengan berkata :


‘Teruskan bermain wahai Bani Arfidah’,


Dan Nabi S.A.W berkata kepada Aisyah : kamu suka untuk tengok mereka bermain?? Maka Nabi S.A.W menemani Aisyah sehingga Aisyah berasa puas hati.


Imam Ghazali berkata : Hadis di atas terdapat dalam Sahih Bukhari & Muslim, dan ia merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa nyanyian & permainan tidak haram.


Adapun ulama’ menjadikan hukum muzik & nyanyian itu haram kerana mengandungi perkara-perkara yang dilarang. Berkata sebahagian ulama’ : ‘sesungguhnya muzik itu tergolong dalam perkara yang melalaikan’



Perkara-perkara yang wajib dijaga dalam nyanyian dan muzik :


1. Tajuk lagu tidak bertentangan dengan adab & syariat Islam


2. Cara penyampaian yang tidak haram, contoh : perempuan yang menyanyi tidak menutup aurat


3. Tidak melampau dan berlebih-lebihan. Islam melarang berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara walau ibadat sekalipun.


4. Bergantung kepada setiap individu, jika nyanyian tersebut boleh menaikkan syahwat atau mendorongnya kepada fitnah dan kejahatan, maka wajib ke atasnya untuk menjauhi nyanyian itu.


5. Jika nyanyian tersebut bercampur dengan perkara yang haram, seperti dibuat pada majlis minum arak, atau majlis yang bercampur perkara-perkara jahat dan maksiat, hukumnya haram.



‘ Akan ada segolongan manusia dari umatku yang meminum arak tetapi menamakannya (arak) dengan nama lain, dan mereka mengadakan untuk pembesar-pembesar mereka persembahan nyanyian, maka Allah akan membenam mereka ke dalam bumi, dan menjadikan sebahagian daripada mereka kera & khinzir ‘ Hadis riwayat Ibnu Majah





SAFWAN

Rujukan :

Kitab Halal & Haram karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi,

Bab ke-4: Halal & haram dalam kehidupan umum seorang muslim : (3)pada hiburan & permainan




Tuesday 24 February 2009

Tugas-tugas Seorang Imam Sebelum Solat





1.Seseorang tidak boleh menjadi imam kepada jemaah yang membencinya.


-tidak sepatutnya menjadi imam jika ada makmum yang lebih faqih dan lebih layak jadi imam kecuali yang faqih tidak mahu menjadi imam.

-makruh hukumnya bertolak-tolakan antara satu sama lain untuk menjadi imam.


2.Imam sepatutnya menjaga waktu solatnya dan mendirikan solat pada awal waktu demi mendapatkan keredhaan Allah.


-mengutamakan solat awal waktu daripada akhir waktu.

-tidak sepatutnya melewat-lewatkan solat untuk menunggu banyaknya jemaah kerana solat di awal waktu lebih baik dari bilangan jemaah yang ramai da

n panjangnya bacaan surah.


3.Seseorang yang hendak menjadi imam hendaklah ikhlas dan melaksanakan amanah daripada Allah dengan sebaik-baiknya dan mematuhi semua syarat-syarat dan rukun-rukun solat.


-amanah ialah seseorang yang suci batinnya daripada kefasikan dan tidak melakukan dosa-dosa besar serta tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.

-seorang imam juga perlu bersih dari sudut zahirnya iaitu suci dapada hadas kecil dan besar serta najis.

-seandainya ketika solat dia teringat bahawa dia berhadas

atau keluar angin,dia tidak perlu malu untuk keluar dan menyentuh tangan orang berdekatan serta mentaklifnya menggantinya menjadi imam.


4.Jangan melafazkan takbiratul ihram sebelum memastikan saf-saf lurus,iaitu menyamakan bahu-bahu dan merapatkan buku lali.


-muazin melewatkan iqamah dengan kadar manusia bersedia untuk solat.


5.Meninggikan suaranya ketika takbiratul ihram dan seluruh takbir.


-makmum tidak boleh mengangkat suaranya melainkan dengan kadar apa yang didengar oleh dirinya sendiri.

-makmum juga perlu melewatkan takbirnya dari takbir imam.


AISYAH

Kitab Mauizatul Mukminin

Pengajian pd 18/2/09

Sunday 22 February 2009

Perkara khusus bagi Nabi Muhammad SAW

Terdapat 4 jenis perkara yg khusus bagi Nabi s.a.w

1. Mubahaat : Perkara-perkara yang harus

Contoh:
a) Nabi s.a.w boleh meneruskan puasa dari siang ke malam.
b) Nabi s.a.w boleh mengeluarkan hukuman berdasarkan pengetahuan baginda sendiri tetapi seseorang hakim hendaklah mempunyai saksi dan bukti-bukti yang kuat bagi mengeluarkan hukuman

2. Muharramaat : Perkara-perkara yang haram

Contoh : a) Nabi s..a.w haram menerima sedekah

3. Wajibaat : Perkara-perkara yang wajib

Contoh : a) Nabi s.a.w wajib menunaikan solat dhuha, witir, melakukan ibadah korban, bersiwak sebelum solat dsb

4. Kelebihan dan kemuliaan

Contoh : Rasulullah s.a.w adalah:-

a) penutup sekalian nabi
b) penghulu segala anak Adam
c) orang yang pertama keluar dari bumi ketika dibangkitkan
d) nabi yang pertama memasuki syurga
e) orang pertama yang memberi syafa’at
f) diutus untuk semua makhluk
g) boleh kahwin tanpa wali,saksi dan mahar
i) isteri-isteri baginda tidak boleh dikahwini setelah kewafatan
baginda


Muhammad Hizamuddin
Kitab Nur az-Zalam pengajian pd 22 feb 2009

Friday 20 February 2009

Penawar kepada penyakit diri yang tidak mendapat kemenangan.

1Meminta pertolongan daripada Allah.


2.Mengakui nikmat-nikmat Allah.


Maka lihat dan soal kepada diri,siapa yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya?dan siapa yang membimbing kita mendapat petunjuk?kenapa diri kita yang dipilih,bukan orang lain?tidakkah kamu melihat dikalangan manusia ada yang mengikut jalan syaitan..Mengapa kita tidak bersama mereka?adakah kerana kita mempunyai kelebihan atau bakat?atau semata-mata kelebihan dari Allah?


Mereka berasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.Katakanlah,”Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan,jika kamu orang yang benar.”

(Surah Al-Hujurat:17)


3.Bina Diri


-Selalu bermuhasabah dan mengingati nikmat Allah supaya timbul kesedaran.

-Berlepas diri dari mempunyai sebarang kuasa kerana Allah sahaja yang berkuasa.

-Rasa sangat memerlukan Allah pada setiap masa sepanjang hidup kita.

-Menisbahkan semua kebaikan hanya daripada Allah.


Insan terbahagi kepada tiga:


Pertama:hati

Kedua:akal

Ketiga:Nafsu


Hati merupakan raja.Hati yang akan mendengar samada suara akal atau suara nafsu.Bergantung kepada suara akal atau suara nafsu yang lebih kuat.


4.Bina akal


Pembinaan akal tidak terbina melainkan dengan ilmu.

-ilmu akan mengembangkan akal,meningkatkan suara akal dan meluaskan kuasa akal.

-dengan ilmu manusia mengenal Pencipta.

-dengan ilmu manusia mengenal kejahilan diri.

-dengan ilmu manusia tahu tempat-tempat masuknya syaitan.

-dengan ilmu juga manusia boleh membezakan antara syak dan batil,petunjuk dan kesesatan,hukum-hukum,halal dan haram.


Kata Imam Ahmad r.a:Manusia memerlukan ilmu lebih daripada makan dan minum kerana seorang lelaki perlu kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sahaja dalam sehari,tetapi keperluan ilmu adalah pada setiap bilangan nafasnya.


Cara-cara syaitan memperdaya umat Islam:

1.Syaitan menimbulkan perasaan ragu-ragu tentang akidah.

2.Syaitan memperdaya supaya meninggalkan dunia sepenuhnya dan lari dari masyarakat.

3.Syaitan menghias amalan-amalan baik umat Islam.

4.Syaitan cuba untuk menjatuhkan umat dalam perkara-perkara bid’ah.


Kesimpulannya,tanpa ilmu manusia tidak mampu berjalan dengan betul dan selamat menuju jalan Allah.


DIYANA

Kitab Falnabda' Bi Anfusina - 14/2/09

Tuesday 17 February 2009

Saturday 14 February 2009

Pengenalan

Objektif:

  • mendedahkan dan memberi maklumat tentang segala kelas-kelas tafaqquh yang diadakan di Mesir terutamanya Madrasah Imam Nawawi
  • menyediakan audio kelas tafaqquh
  • menanamkan minat di kalangan pelajar sains kesihatan Mansurah untuk mendalami ilmu agama di samping mendalami ilmu perubatan/pergigian
  • tempat untuk memberi komen atau cadangan bagi meningkatkan ilmu agama di kalangan mahasiswa/wi Mansurah

PENGUMUMAN