Wednesday, 20 May 2009

Solat Sunat 2 hari raya



Hukum: sunat



Waktu : selepas terbit matahari(waktu syuruk) hingga glincir matahari,sunat melewatkannya sehingga ½ jam selepas habis waktu subuh (waktu dhuha)



Tempat : di masjid (kecuali jika masjid sempit-boleh buat di tanah lapang, padang , dsb)




Perkara2 sunat ketika hari raya :




1) Menghidupkan malam harinya dengan beribadah.

Hadith: sesiapa yang menghidupkan malam hari raya, Allah hidupkan hatinya ketika hati manusia mati



2) Mandi : bermula dari separuh malam



3) Berwangi-wangian dan berhias – bagi yang duduk di rumah atau yang ingin keluar, orang dewasa dan kanak2,yang nak solat dan yang tidak solat



4) Orang2 tua wanita keluar tanpa wangi-wangian.



5) Sunat keluar awal kpd yang bukan imam



6) Berjalan kaki, dan pulang dengan mengikut jalan lain yang lebih pendek.



Kenapa perlu ikut jalan yang lebih pendek?


-bumi jadi saksi apa yang kite buat ( Surah Al-Zalzalah)


-ahli lorong nak ambil berkat dari imam


-ahli lorong nak minta fatwa dari imam



7) imam sunat menyegerakan solat sunat hari raya aidiladha, dan melewatkan solat sunat aidilfitri.



8) Makan tamar sebelum solat sunat aidilfitri dengan bilangan yang ganjil.




Kaifiyat(cara):




1) Takbir sebelum baca Al-Fatihah pada rakaat pertama 7X (antara doa istiftah dan ta’awuz).Rakaat ke 2 takbir sebanyak 5X.jika masbuq,takbir mana yang sempat shj( bersama imam).



2) Sunat baca surah Qaaf (rakaat pertama) dan Al-Qamar (rakaat kedua), atau surah Al-A’la (rakaat pertama) dan surah Al-Ghasyiah (rakaat kedua).



3) Diantara takbir, sunat baca “ Subhaanallah wAlhamdulillah walaailaha illallah wallahu akbar” secara perlahan.



4) Selepas solat membaca 2 khutbah, sebelum bg khutbah duduk sebentar. menyebutkan dalam khutbah apa yang sesuai, dan bertakbir dalam khutbah yang pertama 9X dan yang kedua 7X berturut-turut.







Nur iman



Kitab Minhajul Qawim

8/5/2009

1 comment:

  1. terima kasih banyak sudah berbagi,.
    moga sukses selalu.
    jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
    click this

    ReplyDelete

PENGUMUMAN