Monday 2 March 2009

Hubungan Doktor dan Pesakit


 

Ada banyak hubungan doctor dengan pesakit,antaranya:

  • Hubungan sebagai manusia
  • Menjaga dari penyakit
  • Kasih sayang
  • Menenangkan pesakit
  • Memelihara tanggungjawab

 

1)HUBUNGAN DENGAN MANUSIA


         1)  Doctor ada kewajipan keatas patient,hubungannya adalah 

              dari 3 sudut:

         

         a)Tubuh badan : himpunan anggota maka terjadilah jasad

         b)Akal : bermakna pusat pemikiran

         c)Jiwa : bermakna perasaan

  

             2)  bila sakit akan timbul pelbagai perasaan,patient akan 

                  ada pergolakan jiwa


Cthnya: orang yang lumpuh atau hilang anggota badan,jiwa mereka akan sakit lebih dari badan. mereka lebih suka hidup bersendirian,bersedih dan resah


3)  Contoh lain mereka yang lemah tenaga batin akan merasakan hidup seperti gelap gelita,justeru sebagai doctor adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi semangat kepada patient dengan mengatakan sepatutnya mereka lebih bersyukur kerana dapat beramal kepada Allah tanpa gangguan,dan menunggu balasan di syurga kelak.

 

4)  Patient yang terlampau sedih dengan penyakit yang dihadapi akan turut berpotensi mendapat ulcer perut,high blood pressure, kencing manis,lumpuh dan mungkin buta.

 

 

  






a)Tuntutan supaya merawat penyakit jasad:

 

Rasulullah SAW bersabda:”sesungguhnya bagi diri kamu ada haknya (yang perlu kamu tunaikan)”[Riwayat Bukhari]


Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda: “mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disayangi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah”[Riwayat Muslim]

 


Rasulullah SAW telah bersabda: “setiap penyakit yang Allah turunkan ada penawarnya”(Riwayat Bukhari) dan baginda juga berpesan: “hendaklah kamu berpegang pada 2 penawar,iaitu  Al-quran dan madu(ada 6 ayat syifa’ didalam al-quran)

 

Rasulullah SAW mengajar kita supaya mengambil ubat mengikut kuantiti kerana sesetengah ubat tidak berkesan melainkan setelah cukup kuantiti yang diperlukan oleh badan ( tapi sembuh dengan izin Allah)

 

Rasulullah berperanan sebagai tabib,dan antara ubat dari Rasulullah SAW adalah madu,berbekam,jampi dan tumbuh-tumbuhan

 


AKHLAK DOKTOR: Seorang doctor muslim hendaklah bertawakal kepada Allah dan tidak bergantung sedikit pun pada ilmu dan usahanya,dia hendaklah serahkan semua urusannya kepada Allahkalau dia tidak pandang pada Allah dan yakin pada dirinya sendiri,maka Allah haramkan penyakit tadi dari sembuh


 

Rasulullah SAW pernah berkata: “Jika sesuatu perkara itu dari urusan dunia,maka kamu boleh kaji,tetapi jika itu urusan agama maka serahkan pada aku”(Hr Muslim)

 

Maksudnya disini,ilmu dunia dan cara untuk mengembangkannya hendaklah dirujuk pada pakar dunia,manakala hukum yang berkaitan dengan ilmu dunia tadi hendaklah diserahkan pada para ulama’.

 

 

ANATOMY DISISI ORANG ISLAM

 

 

1)Orang mesir kuno adalah orang pertama yang mempelopori ilmu anatomy,mereka telah membedah mayat dan membuang viscera(usus) kemudian melakukan tahnit’(mengawet) untuk tujuan mengekalkan mayat.

 

2)HUKUM: a)Haram awet manusia kerana menyeksa manusia

                  b)Harus awet binatang

 

3)Orang barat mendakwa umat islam tidak tahu tentang ilmu anatomy kerana agama islam amat memuliakan mayat,oleh itu mereka menyangka orang islam tidak membedah mayat untuk belajar ilmu anatomy.

 

4)Sekalipun islam menghormati manusia hidup ataupun mati,dan dilarang menyeksa tubuh atau bermain-main dgn tubuh(mayat),tetapi untuk tujuan pembelajaran (medical study) ianya menjadi wajib untuk pelajar perubatan menggunakan mayat

 

5)Ini adalah kerana belajar perubatan merupakan satu kewajipan dan merupakan cara untuk berkhidmat pada manusia,dan tidak sempurna pengajian kalau tidak menggunakan mayat oleh itu islam membenarkan penggunaan mayat bagi pelajar perubatan

 

6)Ulama’ perubatan,Abu Walid Muhammad bin Rushd berkata: (sesiapa yang belajar ilmu anatomy maka akan bertambah imannya pada Allah)

 

 

 

Blue Sky

At-Tobib,Fiqhuhu wa adabuhu

Khamis: 19/2/09 & 26/2/09

No comments:

Post a Comment

PENGUMUMAN