Thursday 26 February 2009

Muzik dan Nyanyian



MUZIK & NYANYIAN


3 hukum :


1. Semua ulama bersepakat haram : nyanyian atau muzik yang mengandungi maksiat atau mendorong kepada maksiat.


2. Semua ulama’ bersepakat harus : nyanyian fitrah (semula jadi, tanpa menggunakan sebarang alat), contoh : seseorang memperdengarkan kepada diri sendiri, perempuan menyanyi untuk suaminya, atau hamba perempuan kepada tuannya.


3. Adapun selain dari yang diatas, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’


Syeikh Yusuf Al-Qardawi :

Aku melihat muzik itu tidak haram pada zatnya, dan ia termasuk dalam perkara-perkara baik ataupun harus, tetapi ia menjadi haram apabila mengandungi perkara-perkara yang haram, ataupun disampaikan dengan cara yang haram.



Dalil menunjukkan nyanyian itu halal :


Terdapat dalam kitab Ihya’ karangan Imam Ghazali, peristiwa nyanyian 2 orang hamba perempuan, dan orang Habsyah bermain di dalam masjid Nabi S.A.W, dan Nabi memberi galakan dengan berkata :


‘Teruskan bermain wahai Bani Arfidah’,


Dan Nabi S.A.W berkata kepada Aisyah : kamu suka untuk tengok mereka bermain?? Maka Nabi S.A.W menemani Aisyah sehingga Aisyah berasa puas hati.


Imam Ghazali berkata : Hadis di atas terdapat dalam Sahih Bukhari & Muslim, dan ia merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa nyanyian & permainan tidak haram.


Adapun ulama’ menjadikan hukum muzik & nyanyian itu haram kerana mengandungi perkara-perkara yang dilarang. Berkata sebahagian ulama’ : ‘sesungguhnya muzik itu tergolong dalam perkara yang melalaikan’



Perkara-perkara yang wajib dijaga dalam nyanyian dan muzik :


1. Tajuk lagu tidak bertentangan dengan adab & syariat Islam


2. Cara penyampaian yang tidak haram, contoh : perempuan yang menyanyi tidak menutup aurat


3. Tidak melampau dan berlebih-lebihan. Islam melarang berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara walau ibadat sekalipun.


4. Bergantung kepada setiap individu, jika nyanyian tersebut boleh menaikkan syahwat atau mendorongnya kepada fitnah dan kejahatan, maka wajib ke atasnya untuk menjauhi nyanyian itu.


5. Jika nyanyian tersebut bercampur dengan perkara yang haram, seperti dibuat pada majlis minum arak, atau majlis yang bercampur perkara-perkara jahat dan maksiat, hukumnya haram.



‘ Akan ada segolongan manusia dari umatku yang meminum arak tetapi menamakannya (arak) dengan nama lain, dan mereka mengadakan untuk pembesar-pembesar mereka persembahan nyanyian, maka Allah akan membenam mereka ke dalam bumi, dan menjadikan sebahagian daripada mereka kera & khinzir ‘ Hadis riwayat Ibnu Majah





SAFWAN

Rujukan :

Kitab Halal & Haram karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi,

Bab ke-4: Halal & haram dalam kehidupan umum seorang muslim : (3)pada hiburan & permainan




No comments:

Post a Comment

PENGUMUMAN